KWSP kini memperkenalkan e-Caruman yang merupakan aplikasi untuk majikan KWSP membuat transaksi caruman dan mendapatkan maklumat akaun KWSP melalui peranti mudah alih.
Nota: Perisian khas ini adalah untuk majikan yang mempunyai 10 pekerja dan ke bawah.
Penghantaran Borang A
• Hanya 4 langkah mudah
• Syer majikan dan syer pekerja dikira secara auto berdasarkan kiraan di Jadual Ketiga
• Menawarkan lebih daripada 10 bank terpilih melalui saluran FPX untuk perkhidmatan bayaran
• Kemudahan simpan draf disediakan
Paparan Sejarah Borang A dan Bayaran
• Paparan sehingga 12 bulan ke belakang termasuk bulan semasa
Paparan Caruman Dikreditkan
• Paparan sehingga 6 bulan ke belakang termasuk bulan semasa
Smart FAQ
• Tip dan informasi untuk majikan KWSP
Informasi tentang e-Caruman
|
Nama Paket | gov.epf.employer |
Lisensi | Free | |
Sistem Operasi | Android | |
Kategori | FINANCE | |
Bahasa |
English + 15
|
|
Penulis | KWSP | |
Unduhan | 10000 | |
Tanggal | Oct 20, 2023 | |
Iklan | Tidak ditentukan |